7 CARA UBAH DIRI JADI LEBIH BAIK SETIAP HARI

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ  (7X)


Segala puji bagi Allah سبحانه وتعالى pencipta langit dan bumi, pencipta cahaya dan kegelapan, yang mengumpulkan para makhluk di hari perhitungan, hari kemenangan bagi orang yang berbuat baik dan kesengsaraan bagi ahli maksiat. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah سبحانه وتعالى tiada sekutu baginya, dengan persaksian yang bakal membawa kepada kebahagiaan di hari kiamat.


إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


اللَّهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــدْ كما صَــــــلٌيت علَےَ سيدنا إِبْرَﺍﻫِﻴﻢَ و علَےَآل سيدنا إِبْرَاهِيمَ وبارك علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــد كما باركت علَےَ سيدنا إِبْرَاهِيمَ و علَےَ آل سيدنا إِبْرَاهِيمَ فى الْعَالَمِينَ إنك حميد مجيد 


Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ. keluarga serta para sahabat, pengikut-pengikut sahabat dan mereka yang istiqamah menuruti baginda dari masa kesemasa hingga ke hari kiamat.


Sedekahkanlah Al Fatihah kpd ibu bapa kita, keluarga dan muslimin muslimat yg masih hidup maupun yang telah kembali ke rahmatullah...

AlFatihah...


بِسۡـــــــــمِ ٱللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْـمُسْتَقِيمَ

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ

 غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

 آمِين


“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.”

(HR Muslim ..4899)


7 CARA UBAH DIRI JADI LEBIH BAIK

SETIAP HARI


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat,  pengikut sahabat dan mereka yang istiqamah menuruti baginda dari masa kesemasa hingga ke hari kiamat.


“Soleh adalah fitrah.” Buku Mencari Tuhan Yang Hilang tulisan Ustaz Yusuf Mansur, adalah sebuah buku tentang kehidupan Luqman yang telah jauh daripada Allah, mula kembali semula di jalan-Nya.


Setelah Luqman masuk penjara 2 kali kerana isu hutang, dia mula tekad dan menanam azam untuk berubah ke arah lebih baik. dalam satu topik dalam buku ini, ada dikongsikan 7 cara menilai diri.


1. Nilai semula apakah perbuatan buruk yang telah dilakukan


Nilai perbuatan buruk yang pernah kita lakukan yang mana Allah tidak suka dengan perbuatan itu. Antaranya seperti minum arak, berzina, bergantung kepada bomoh atau selain-Nya.


2. Bertaubat dengan bersungguh-sungguh


Bertaubat adalah bermaksud menyesali kesalahan yang kita lakukan, berazam tidak lakukannya lagi, serta memohon pengampunan daripada Allah. Kita berdoa kepada Allah supaya diberikan kekuatan untuk bertaubat dengan sesungguhnya.


3. Berjanji untuk melepaskan perbuatan buruk yang lalu


Kita berdialog dengan Allah di samping berikrar untuk melepaskan segala perbuatan buruk yang lalu. Ia adalah refleksi kita bertawakal kepada Allah untuk menyerahkan diri kita kepada-Nya. Doa yang boleh digunakan,


“Ya Hayyu, ya Qayyum, dengan rahmat-Mu, daku mohon pertolongan. Baikilah segala urusanku dan janganlah Kau serahkan aku kepadaku walau dalam sekelip mata.”


4. Mula beramal semula


Kembali menjadi hamba-Nya. Tunduk dan patuh kepada ajaran-Nya, seperti solat, puasa, zakat atau sedekah, berbuat baik kepada manusia, dan menghindari kemungkaran.


5. Berusaha menjadi yang terbaik dalam kalangan manusia


Menggalakkan diri membuat kebajikan terutamanya kepada mereka yang memerlukan seperti yatim piatu, fakir miskin dan sebagainya. Dengan cara ini, ia akan mengajar erti syukur kepada mereka yang kurang berkemampuan.


6. Lebih banyak bergantung dan menyerahkan diri kepada Allah


Andai sebelum ini, lebih banyak bergantung kepada manusia atau perkara lain, mulakan semula untuk meletakkan pergantungan kepada Allah. Ia adalah salah satu bentuk tawakal.


7. Berterusan berubah – tidak mampu buat banyak, buat sedikit


Untuk menjadi seseorang yang baik, akan ada banyak cabaran, bisikan nafsu dan syaitan. Oleh sebab itu, walau kita tidak mampu buat semua perkara, jangan tinggal semua. Memadai kita usahakan buat seminima mungkin.


Apabila 7 perkara di atas dilakukan dengan sebaiknya, insya-Allah kebesaran Allah akan mula nampak dalam diri kita. Azab yang seakan tidak mahu pergi dan menyelimuti kehidupan kita, akan segera digantikan Allah dengan sebuah rahmat.


Shadaqallahul’azhim.


والله أعلم بالصواب

Waallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya)


Sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah ﷺ:

❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞

Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.


Sabda Rasulullah ﷺ. Bermaksud :

"Barangsiapa ditanya mengenai sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka Allah akan mengekangnya nanti dengan kekangan daripada api neraka pada Hari Kiamat kelak."

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi رضي ٱللَّــــــــــه عنه )


Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:


① Sedekah/Amal jariahnya. 

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu Yang Bermamfaat Yang Disampaikan Kepada Orang lain.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Penyemangat Kurir